Wednesday, July 11, 2007

KOMEN HAKIM (MINGGU KEDUA) -----> BKS

Komen Minggu Kedua BKS:-
To Bro Rick.


Hakim

Tatabahasa tunggang - langgang but akak tak nak touch on that, as long as the points yang ko nak bagi tu akak paham, I don’t mind reading it. But masalahnya, cerita kau ni memang membosankan. Plot dan jalan cerita is very predictable, it's like our cerita masa zaman-zaman sekolah dulu, which kita dah expected the ending. It doesn’t look good to me though. Again, you fail to win my heart.


Sidang Editor UjangMD: Saya terima apa jua syarat/keputusan yang telah di tetapkan dalam blogger kick start ini, segala cemuhan, segala kata kejian yang di lemparkan ke atas saya nanti selepas memasuki Blogger Kick Start saya anggap seperti menerima satu uncang batu permata dan hanya senyuman yang terukir di bibir saya apabila terkena kata nista oleh pihak Hakim & Advokat (Juri Jemputan). Saya Rela Di Perlakukan Apa Sahaja.. Kerana Saya Tahu MalaPetaka Yang akan Saya terima apabila memasuki Blogger Kick Start Ini.


Sudahkah anda membaca terma dan syarat di atas??

Pasti anda pernah membacanya bukan?? Sebelum bermulanya Blogger Kick Start ini, kami di BKS telah memaklumkan terlebih dahulu syarat/peraturan yang telah ditetapkan semasa pengisian borang oleh para peserta untuk memasuki Blogger Kick Start. Apabila ditanya samada SETUJU atau TIDAK dengan syarat/peraturan tersebut, kesemua 10 para peserta BERSETUJU. Maka renung-renungkan lah di sini. Kami di BKS, inginkan yang terbaik untuk kesemua 10 para peserta yang bertanding.


"TINGKATKAN PRESTASI.. KURANGKAN SPEKULASI"



Isu Panas!

Pastinya ramai tertanya-tanya kenapa komen dari Advokat Jemputan tidak disiarkan minggu ini. Satu kesilapan yang disengajakan telah dilakukan oleh pihak Advokat, kerana tiada kata maaf dan juga reasonable reasons dari pihak Advokat kepada Kak Red, yang telah bersusah payah menjemputnya untuk turut sama memeriahkan BKS, makanya komen dari pihak Advokat terpaksa dibatalkan.

Advokat telah dengan sengaja, menghantar komen untuk para peserta kepada Adam yang tidak patut tahu perbincangan dalaman BKS. BKS adalah milik UjangMD dengan kerjasama besar dari Kak Red, apabila ada orang ketiga yang turut sama dalam perkahwinan ini, makanya terjadilah gelodak hebat yang tidak dapat diterima dek akal.

Atas tujuan apa, pihak Advokat menghantar salinan komen kepada Adam adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kami pihak BKS. Alasan tanpa maaf dari pihak Advokat telah menyebabkan, kami di pentadbiran BKS, bersepakat untuk tidak mengambil kira komen yang diberikan oleh beliau, demi kesejahteraan sejagat. Walaupun Adam berjanji untuk tidak mengpublishkan komen-komen dari pihak Advokat tetapi demi menghormati keadilan BKS yang sedang berlangsung, para peserta juga mungkin akan rasa terganggu dengan kebocoran kepada pihak luar, makanya kami mengambil jalan untuk merehatkan Advokat Wenkt dari turut serta. Terima kasih kerana sudi menerima tawaran BKS untuk menjadi Advokat malangnya kerjasama tidak dapat diteruskan hanya kerana kesilapan yang tidak sepatutnya terjadi. Kami mengambil masa 3 hari untuk mencapai kata sepakat dan persetujuan ini, segala pro dan kontra telah ditimbang,.Harap maklum.

Bro Rick Says....
Terima kasih pada Hakim Kak red...dan semua sahabat-sahabat blog, yg banyak menyokong...terus kan menyokong saya..Sokongan anda akan membuat saya lebih yakin dan terus maju...

No comments: