Wednesday, July 11, 2007

ASSIGNMENT MINGGU KEDUA


ASSIGNMENT MINGGU KEDUA


Aku pulang ke desa dari kota
Kerana kota itu kotor
Aku mahu tidur di sini
Kerana kota itu hanyir
Tetapi ada lolongan yang memanggil
Untuk aku terus tinggal di kota nan sampah

.....dalam 3 minit pembacaan, BKS inginkan sebuah sambungan dalam bentuk penceritaan (not in script/dialogue version or poems)

Peserta hendaklah menyiapkan/publish assignment masing-masing selewat-lewatnya pada 19 APRIL 2007 (KHAMIS) (2PM). Kegagalan anda berbuat demikian, secara automatiknya anda di singkirkan dari Blogger Kick Start ini. Harap Maklum

Blogger Kick Start telah menjemput Wenkt sebagai Advokat(Juri Jemputan) Minggu Kedua. Berhubung dengan diri beliau, sila click => Wenkt

Minggu pertama sudah berlalu.. assignment yang telah di berikan kepada 10 peserta telah di laksanakan dengan jayanya. Namun, para peserta terpaksa akur dengan konsep dan program blogger kick start ini. Setiap minggu pasti ada seorang peserta yang akan terkeluar. Peserta yang terkeluar bukan bererti kalah namun peserta tersebut harus lebih usaha gigih lagi untuk menghasilkan assignment yang lebih bermutu.

Dengan kuasa veto yang ada oleh Hakim (Kak Red),mengumumkan peserta yang terkeluar pada Minggu Pertama ialah Zila. Terima kasih di atas penyertaan anda dalam Blogger Kick Start ini. Kami disini mengucapkan Selamat Tinggal kepada anda dan serta- merta bawalah bagasi anda bersama.. Bye.. Bye..Zila yang cantik manis. (Ikhlas dari UjangMD).

Bro Rick Says....
Terima kasih pada semua supporters untuk rick, Rick nampak nya ke pusingan kedua...minggu kedua....teruskan menyokong Rick....

No comments: