Wednesday, July 11, 2007

ASSIGNMENT MINGGU KEEMPAT -----> BKS




"Kalau saya pengurus artis kepada Dafi AF5, strategi dan perancangan saya untuk kerjaya seni Dafi supaya beliau akan melangkah dengan gigih dan menjadi seorang artis rakaman yang disegani adalah seperti berikut."
"Entry perlu dilengkapkan dengan gambar -gambar Dafi yang sudah diubahsuaikan/diphotoshopkan (seumpama album cover)."



Nama saya Mr.Rick, saya adalah bakal manager baru kepada Dafi, sebelum saya menjadi pengurusnya, ini adalah biodata Dafi yg harus saya teliti dengan sebaik mungkin:-




Biodata:-

Nama Penuh : GADAFFI BIN ISMAIL SABRI
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PETALING JAYA, SELANGOR
Tarikh Lahir : 14 DISEMBER 1988
Tinggi : 168 CM
Berat : 65 KG
Hobi : MENYANYI & MELEPAK
Penyanyi Idola : JUSTIN TIMBERLAKE

Deskripsi : Seorang yang merendah diri walaupun berasal daripada keluarga berjaya. Pelajar kolej swasta dalam jurusan pereka bunyi dan muzik. Seorang yang matang dalam usia setahun jagung. Peminat fanatik AF.

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Ketika berumur 5 tahun dan membuat persembahan di hadapan kelas

Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Ya tetapi cuma 2 bulan

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Berbahas dan mengacara




Justin Timberlake, Penyanyi Idola Dafi



So setelah saya meneliti dan berfikir sedalam-dalamnya, disini saya boleh melihat perwatakkan Dafi ialah seorang yang suka merendah diri dan sangat matang dari segi perlakuan dan pemikiran, so ini adalah bagus bagi seseorang artis baru yg ingin menempah nama dan berjaya jika mempunyai suatu sikap demikian,

so apa-apa pun kita tgk dulu video clip persembahan Dafi di Konsert AF5 yg dulu.





Dafi - Pencinta Wanita

Perancangan Pertama:-


So apa yg saya akan buat ialah, saya akan tubuh kan satu Recording company khas untuk Dafi bernaung.

So saya akan registerkan Dafi di company tu, dan recording company tu saya akan namakan Dafi@Ricky Recording Company, so since company tu saya yg punya dan saya la juga president nya, tentang management dan segala keputusan adalah dibawah kuasa veto saya.

So yg paling penting , sesiapa yang berkerja dengan Dafi@Ricky Recording company, saya akan berikan keistimewaan, terutama tentang gaji dan imbuhan yang menarik untuk mereka. berbanding dengan company yg lain.

Perancangan Kedua:-


Since Dafi dah jadi artis di company saya , saya akan berikan tempat kediaman untuk Dafi dan sebuah Kereta, bagi memudahkan Dafi memulakan carrier sebagai artis di company saya.

Kereta Lamborghini-Murcielago baru untuk Dafi.

Perancangan Ketiga:-

Sebagai penyanyi baru, saya mahu Dafi banyak belajar dan terus belajar tentang vokal, oleh kerana itu, saya akan hire seorang guru vokal untuk mengajar Dafi, saya akan hire Adnan Abu Hassan untuk ngajar Dafi, kalau dulu kat AF, dia ajar ramai-ramai, kali ni biar la dia sorang saja yg ajar Dafi. So tumpuan tu biarlah menjurus kepada Dafi seorang sahaja. saya memilih beliau sebagai guru vokal adalah kerana, dengan pengalaman dan kredibiliti beliau sebagai antara komposer yg terbaik dan disegani di Malaysia kini.




Biodata:-


Nama
Adnan Abu Hassan

Jawatan
Tenaga Pengajar

Tanggungjawab
Membimbing para pelajar dalam mendapatkan lenggok suara yang betul di samping membantu mereka mengenali identiti nyanyian tersendiri tanpa mengikut penyanyi sedia ada.

Pencapaian
Beliau merupakan Pemegang Ijazah Sarjana Muda jurusan 'Professional Music' dari Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat. Adnan Abu Hassan memainkan peranan penting dalam perkembangan industri muzik di Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sejak dari tahun 1984. Ketika itu beliau bertindak sebagai Pensyarah di UiTM, Pengurus A&R (CBS Records), Pengarah Urusan Happy Records dan Suria Records, Pengarah, A&R BMG Music dan Delima Records. Kini beliau telah dilantik sebagai Pengetua dan Pengarah untuk Jam Music Centre, Produser dan Komposer Album dan turut bertindak sebagai Pengarah Kreatif untuk Jam/Treeman Corporation.

Dengan kepakaran dan bimbingannya dalam bidang muzik lahirlah artis-artis seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar. Tahun 2003 merupakan tahun bertuah kepada Adnan Abu Hassan di mana beliau berjaya menjuarai kategori Lagu Terbaik di Juara Lagu TV3 menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta dendangan Misha Omar.Kini bergelar Pengarah Urusan untuk SRD Villa Record.

Trivia
Beliau merupakan Guru Persembahan Vokal untuk Akademi Fantasia musim 1, 2 dan 3.

Guru tarian pulak, saya akan panggil Linda Jasmin sebagai pengajar tarian Dafi. Sebagai antara guru tari yang hebat di Malaysia, saya rasa beliau sesuai dan layak untuk mengajar Dafi.



Biodata:-


Nama
Linda Jasmine Hashim

Jawatan
Tenaga Pengajar

Tanggungjawab
Selain mengajar pelajar asas gerakan tarian, beliau akan bertanggungjawab membantu pelajar untuk melakukan persembahan di khayalak ramai.

Pencapaian
Setelah empat musim bersama Akademi Fantasia, bakat dan kredibiliti yang ada pada Linda Jasmine memungkinkan beliau kembali sebagai Guru Koreografi pada musim ini. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang tarian ballet klasik, moden dan tarian 'tap' dari Royal Academy of Dance (RAD) di England dan merupakan seorang yang berpengalaman luas mengadakan persembahan di dalam dan luar negara. Wajah kacukan beliau juga sering menjadi penghias iklan-iklan komersil dan juga penghias muka depan majalah-majalah popular tempatan seperti Glam, Radiance, Mingguan Wanita, Rapi dan sebagainya.

Berkongsi dengan Juara Akademi Fantasia 1, Vince, beliau menaburkan pengalamannya untuk generasi baru dengan membuka Linda Jasmine Performing Arts Studio yang mengendalikan kelas-kelas tarian, vokal dan drama selaku Pengetua dan Pengarah Urusan.Kini meneruskan usahanya membimbing bintang-bintang AF 1, 2, 3 dan 4 di studio miliknya.

Trivia
Linda Jasmine merupakan tenaga pengajar yang kekal bersama Akademi Fantasia untuk musim pertama hinggalah sekarang.

Perancangan Ke Empat:-

Designer pakaian Dafi, saya akan carikan yang terbaik, biarlah ia setanding dengan peredaran masa kini, biarlah ia yg terbaik, saya akan cuba carikan designer yang menepati citarasa Dafi dan peminat.

Saya juga akan sedia kan lawyer untuk Dafi, segala kontrak yang bakal ditandatangani kelak, biarlah ia memenuhi syarat-syarat yg sebenar, biar tiada berlaku salah faham dibelakang hari, atau kes tipu artis yg semakin menjadi-jadi sekarang ni.

Doktor peribadi Dafi juga saya akan sediakan, dia akan menjaga Dafi dan memantau kesihatan Dafi, biar kesihatan Dafi sentiasa dalam keadaan baik, baru lah mudah Dafi menjalankan tugasan harian sebagai artis.

Perancangan Ke Lima:-

Kalau semua dah siap, dan berada ditahap yg paling terbaik, baru lah saya akan promote Dafi secara besar-besaran, saya akan panggil semua press, syarikat TV, surat khabar, media elektronik dan radio dari seluruh Malaysia untuk buat sidang akhbar.Saya akan perkenalkan Dafi sebagai artis baru, yang bernaung di syarikat saya.


Dafi - Uptown Girl

Perancangan Ke Enam:-


Since Dafi dah ada peminat, saya akan tubuhkan Fans club untuk Dafi.
so saya akan gunakan fans club dafi ni untuk promosi kan Dafi di seluruh Malaysia, so kalau ada mana-mana tour diMalaysia ni, tak kira lah...hotlink tour, jom heboh, atau sebagainya, saya akan tempah stage tu hanya untuk Dafi dan Fans club. Biar semua peminat boleh jumpa dengan Dafi, dan Dafi boleh berjumpa peminat.Baru keakraban akan sentiasa terjalin antara peminat.





Gambar Dafi bersama-sama fans club dan peminat.



So untuk semua fans club Dafi atau yang belum menyertai nya, saya akan buat promosi percuma, sesiapa yang mendaftar sebagai ahli kelab Dafi, saya akan berikan cendrahati, berupa Sehelai T-Shirt yg dicetak dengan gambar Dafi, CD, key chain, dan Poster. Semuanya pasti adalah percuma.



Fans club Dafi yang memakai T-shift yg dicetak dengan gambar Dafi.


Dafi juga saya akan sediakan laman website sendiri, biar peminat-peminat dapat mengikuti semua perkembangan tentang Dafi dari dunia cyber. Saya namakan website tu " Dafi FC "
  • Dafi FC

  • Perancangan Ke Tujuh:-

    Sekarang saya akan fikirkan bagaimana dengan album Dafi, saya akan pilihkan kategori muzik yang sesuai dengan suara dan jiwa Dafi, so saya telah memilih muzik, " Etnik Kreatif " sebagai album pertama Dafi. Dan saya akan hire " Pak Ngah" sebagai penerbit dan pencipta lagu untuk album Dafi, supaya memilih lagu-lagu yang terbaik untuk album pertama ini.

    Cover album Dafi juga memainkan peranan yang penting, saya akan buat yang terbaik, saya akan bekerjasama dengan Yusry KRU untuk design kan cover album Dafi nanti.



    Contoh:- Cover Album Dafi yg pertama, yg berjudul Dafi.


    Semasa pelancaran dan pra-dengar album Dafi nanti, saya akan jemput semua press, stesyen TV, media elektronik, surat khabar, dan radio, serta semua peminat-peminat dan Fans club Dafi, dan setiap orang yang hadir semasa pelancaran album pada hari itu, say akan hadiahkan mereka sekeping CD dan poster, untuk setiap seorang sebagai tanda terima kasih.

    Perancangan Ke Lapan:-


    Saya juga akan bekerjasama dengan Stesyen radio di negara ni agar memutarkan lagu-lagu Dafi dicorong-corong radio, saya juga akan meminta kerjasama stesyen radio , untuk menjemput Dafi ditemubual oleh mereka.

    saya juga akan cuba bekerjasama dengan mana-mana sayarikat TV di Malaysia ni, untuk menjemput Dafi menjadi artis undangan mereka.


    Majalah-majalah hiburan di Malaysia juga tidak akan saya lepaskan peluang untuk bekerjasama dengan mereka, saya akan memanggil mereka untuk mempromosi kan Dafi dimajalah-majalah mereka.

    Perancangan Ke Sembilan:-

    Sebagai artis juga, saya mahu Dafi berfikiran terbuka, saya mahu Dafi membuat kerja2 amal, membantu dan beramal, dengan memberikan persembahan2 di mana-mana konsert amal atau di mana2 badan kebajikan untuk mengutip derma. Serba sedikit dapat membantu mereka yang didalam kesusahan, walaupun tiada bayaran, tetapi sifat ihklas itu amat penting jika mahu menjadi seorang artis yg baik.

    Perancangan Ke Sepuluh:-

    Sebagai seorang manager, saya mahu juga Dafi terlibat didalam pelbagai bidang, diantaranya ialah sebagai Model, kalau dilihat dari segi rupa paras dan imej, Dafi sesuai juga menjadi model.Saya mahu Dafi berjaya juga dalam bidang ini. Sebagai contoh, Mawi juga berjaya sebagai penyanyi dan juga model, mengapa Dafi juga tidak boleh??

    Perancangan Ke Sebelas:-

    Sebagai manager juga, saya mahu Dafi bergiat aktif didalam bidang muzik, seperti pandai bermain alat-alat muzik, ini kerana jika seseorang artis itu, tidak semestinya hanya pandai menyanyi, bahkan pandai bermain alat2 muzik, so saya akan hantar Dafi ke luar negara untuk menyambung pelajaran didalam bidang muzik, agar Dafi lebih faham dan mengerti dengan peredaran muzik zaman sekarang.

    Perancangan Keduabelas & terakhir:-

    Saya mahu mengadakan konsert Dafi keseluruh negeri di Malaysia, saya akan adakan tour konsert solo untuk Dafi, disitu peminat2 dan penonton, dapat menilai bagaimana persembahan Dafi dengan lebih dekat secara live, dan melihat bagaimana dengan stamina Dafi bila beraksi di pentas konsert secara solo. Dengan secara automatik nya Dafi akan mendapat lebih ramai peminat.

    Pesanan saya kepada Dafi:-

    So rasanya dengan usaha gigih saya dan Dafi, kami boleh menjadi satu empayar yg mantap, dan Dafi akan menjadi seorang artis Malaysia yang terkenal dan disegani. Asalkan Dafi harus berusaha dengan lebih rajin dan percaya dan yakin pada diri sendiri. Jangan sesekali bersifat sombong dan bongkak bila sudah bergelar artis " Popular "






    Saya rasa Dafi boleh melangkah jauh didalam bidang nyanyian, tiada apa-apa masalah pun yang menghalang Dafi dari terus maju, yg penting teruskan perjuangan dan jangan sesekali mengalah dan berpuas hati dengan apa yang Dafi telah kecapi. Dan Dafi harus tahu didalam dunia seni tiada apa yang lebih baik dari terus belajar..dan belajar erti kesilapan untuk terus kekal dipersada seni.

    Kepada Mr.Vernon, di sini dengan ikhlas saya menyatakan bahawa ,saya sangat suka dengan Suara Ning Baizura, saya adalah salah seorang peminat setia nya, boleh dikatakan saya memiliki setiap album beliau yang original, tolong sampai kan salam saya pada Cik Ning Baizura..dan katakan..saya peminat fanatik beliau...Thanks..

    Kepada Hakim kak red...terima kasih juga diatas kesudian akak mengadili assingment saya.

    Hakim => Kak Red , Juri Jemputan =>Mr Vernon_Kedit

    No comments: