Wednesday, July 11, 2007

Assignment Miggu Kedua ------> BKS

.....dalam 3 minit pembacaan, BKS inginkan sebuah
sambungan dalam bentuk penceritaan
(not in script/dialogue version or poems)


Bersama kita menyelami kisah benar cerita ini...

Aku pulang kedesa dari kota,
Kerana kota itu kotor,
Aku mahu tidur disini,
Kerana kota itu hanyir,
Tetapi lolongan yg memanggil,
Untuk terus tinggal dikota nan sampah.

Sudah puas aku menahan diri ini, tapi panggilan itu terlalu kuat untuk ku tepis,
Ya tuhan tabahkan lah hati aku...,Aku tahu terlalu banyak dosa yang telah ku
lakukan,Terlalu hina aku disisimu, kuatkan lah semangat ku, untuk ku tebus segala kesalahan ku...Razali tunduk akur dan berdoa pada tuhan, dengan hukuman yang telah dijatuhkan keatasnya,Sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan 5 kali sebatan,kerana kesalahan, penyalahgunaan dan pengedaran dadah...

Razali dihantar kepenjara untuk menjalani hukuman, bermula
la kisah nya, Dipenjara, Razali bertemu dengan
Seorang tua bernama Pak Hassan,teman sebilik dengan nya yang juga terlibat dengan
dadah...Razali menceritakan kisah hidupnya pada Pak Hassan, setelah
diminta oleh Pak Hassan kerana kenapa Razali kesini...

Cukuplah dengan hari-hari kelmarin, yang penuh dengan kekotoran,
Dahulu...........di kota.......Siapa yang tidak kenal dengan aku,
Ya aku Razali itu.....!
Lelaki yang telah menghancurkan masa depan gadis-gadis yang leka,
Lelaki yang meruntuhkan maruah dan menconteng arang dimuka keluarga,
Lelaki yang memisahkan antara suami dan isteri, antara anak dan ayah,
Tidak pernah ku endahkan tangisan anak-anak kerdil itu, kerana aku tamak...
dan bongkak....aku lupa segalanya.


Aku yang menjual dadah pada ayah dan ibu mereka,
takkan aku ulangi kesilapan dan kisah hitam itu,
Sebak suara Razali menceritakan kisah hidupnya pada Pak Hassan,
Meleleh air mata Razali membasahi pipinya, lalu Pak Hassan menghulurkan
sapu tangan nya pada Razali,Razali mengesat airmatanya, Pak Hassan meminta Razali supaya bersabar dan berdoa banyak-banyak pada tuhan...

Hari ini adalah hari terakhir bagi Razali, kerana sebelum tengahari nanti dia dibebaskan.Pak Hassan mengucapkan tahniah kepada Razali, Wah... Razali..kau bertuahkan dan beruntungkan kerana dibebaskan hari ini dan boleh memulakan kehidupan baru, tetapi aku tidak..hanya menunggu saat maut ku datang disini..Hanya penjara ini yang akan menamatkan riwayat tua ku ini...dengan suara sedih dan sebak,Pak Hassan meluahkan isi hati yang terbuku dan yang terpendam didadanya...

Razali cuba menenangkan Pak Hassan...,dan dia berjanji pada Pak Hassan...
dengan berkata bahawa, akan aku taburkan bakti ku didesa ini,Walaupun didesa ini terlalu banyak kekurangan dan tiada kemewahan ,Akan aku sampaikan ke anak-anak desa, tiada yang lebih sempurna,dari tanah mu sendiri dan sahabat mu disini berbanding dikota.

Tiada yang lebih baik dari keluarga ku didesa ini, akan kugunakan ijazah ku,
Berbakti pada tanah....membanting tulang bersama anak2 desa ku,
akan ku buktikan desaku ini lebih mewah dari kota, akan aku jadikan desa,
lebih indah dari lampu neon dikota.

Biarlah air peluh membasahi bumi, kerna itu lebih berharga diri,
dari membiarkan anak-anak tidak berdosa menjadi mangsa ibu bapa mereka.
Aku tak mahu lagi membuat dosa, pimpin la aku, walaupun aku terpaksa
merangkak,bertatih dan bangun semula, aku sanggup melakukan nya, agar dapat aku tepis panggilan dikota, aku akan buktikan kata-kata ku ini...ini la janji kan sumpah ku...Pak Hassan!!!

Berlinang air mata Razali dan menangis teresak-esak dan berpelukan dengan Pak Hassan,terasa sedih untuk meninggalkan Pak Hassan,selama sepuluh tahun bersama dipenjara, kini dia harus berpisah dengan Pak Hassan, yang telah dianggap oleh Razali sebagai bapanya sendiri, Setelah selesai bersalaman dengan Pak Hassan, Razali menuju keluar dari penjara, terasa bebas jiwanya yang selama ini telah memenjarakan nya disitu dan dia tak mahu kembali kesini lagi...

Razali mengambil keputusan, untuk pulang terus kedesa, kerana dikota tiada apa-apa lagi yang penting buat hidupnya menanti, hanya kejahatan nya yang silam dikota, menjadikannya lebih tabah dan insaf diatas perbuatannya, sesampai didesa dia singgah sebentar ke kubur ibu dan bapanya, melutut Razali layu didepan kubur...sambil menadah tangan nya berdoa kepada arwah ibu dan bapanya agar dapat mengampunkan dosa silamnya.

Kerana semasa dia dikota, tidak pernah terlintas difikirannya untuk dia balik ke desa menjenguk dan bertanya khabar mereka,wang ringgit pun tak pernah dikirimkan untuk kedua ibu bapa nya,sehingga mereka meninggal dunia.Razali tidak dapat pulang kedesa semasa ibu dan bapanya meninggal dunia, kerana masa itu Razali masih lagi dipenjara, dan menjalani hukuman...hanya berita sedih menghantui didalam hatinya, setelah diberitahu oleh saudara terdekat bahawa ibu bapa nya sudah tiada lagi.

Segala azam dan semangatnya membukti kan dia benar-benar sudah insaf,
dan bertaubat...setelah 10 tahun meringkuk didalam penjara, kerana penyalahgunaan dadah, dan kini dia mahu memulakan kehidupan baru,dia mahu menebus kembali segala dosa-dosa nya,kerana dia tahu,bahawa dia tidak akan hidup lebih lama lagi, kerana Razali menghidapi" HIV ".
Jadi kesempatan ini akan dia gunakan dengan sebaik mungkin untuk berbakti pada desa tercinta ini dengan memajukan tanah arwah kedua ibu bapa nya yang terbiar.

Moral cerita ini adalah,
Jika kita sebagai manusia,telah insaf dan pulang kepangkal jalan,
jangan sesekali malu untuk meminta maaf, dan pintu untuk bertaubat sentiasa terbuka kepada mereka...yang ingin berubah dan tiada siapa yang boleh merubah diri kita, melainkan diatas kehendak sendiri.

Hakim = Kak Red
Juri Jemputan = Wenkt

No comments: