Wednesday, July 11, 2007

ASSIGNMENT MINGGU KELIMA ----> BKS







Mothers Day is a special day for honoring Mothers through out the world. The Mother's Day holds great significance for all of us. As usual, the Mothers Day 2007 will be celebrated on May 13th, 2007.

Mother's Day is one occasion that gives you the opportunity to do something for your mother. And if you start wondering about the reasons you need to treat your mother, you would end up with nothing less than a zillion reasons.

Let's just remember the most important reasons for which we need to be grateful to our mom. List out 5 good reasons to do for your moms.



Sempena Hari Ibu yg akan menjelma tidak lama lagi, saya telah merancang untuk membawa ibu dan family saya ke " Pulau Pangkor " untuk bercuti dan celebrate " Mother's Day " nanti.


Gambar aku bersama basikal kesayangan ku


Dibawah ini saya list kan 5 reason kenapa saya mesti celebrate Hari Ibu pada setiap tahun dan walau bagaimana sibuk sekali pun saya akan tetap mengambil cuti pada hari tersebut.
Diantara 5 kenangan dan pengalaman yg agak manis dan sedih yg sukar dilupa kan semasa saya bersama ibu, telah saya huraikan dibawah ini, bersama-sama lah kita menghayati kisah saya bersama-sama ibu saya ini:-


Reason Pertama.( Menyelamatkan Ku )

Kali pertama masa aku ke sekolah tadika, rasanya bagai neraka datang menjemput, rasa malas dan benci ke sekolah,teringat masa itu, aku asyik menangis sebaik sampai ke sekolah tadika, rasanya macam penjara...ibu aku setia menanti ditepi tingkap memerhatikan aku yg asyik menngis, pujuk dan belaian ibu, membuatkan aku diam seketika, walaupun hati ini tidak dan belum tenteram.Belaiaan dan pujukan ibu, membuatkan aku lupa sebentar, lalu menyambung tumpuan ku kepada pelajaran.Sesekali aku membuang pandangan dan jelingan kearah ibu, bila aku melihat ibu ku sudah pulang, aku jadi tidak tentu arah, menangis aku dibuatnya kerana mahu pulang.

Semasa waktu pulang aku menunggu didepan pintu tadika bersama kawan ku Amir, kerana telah lama menunggu dan terlalu hendak cepat pulang, aku mengambil keputusan untuk balik sendiri berjalan kaki. sesampai didepan satu simpang, seekor anjing sedang merenungku dengan matanya yg tajam, lalu mengejarku, aku takut sekali masa tu, aku lari...dan terus lari....tetapi anjing terus mengejar, aku menangis ketakutan, tiba2 aku melihat anjing tersebut berhenti dari mengejar aku, aku melihat ibuku sedang memukul anjing itu dengan kayu, lalu anjing itu pergi, ibu meluru mendapatkan ku, terus ibu memeluk ku, aku meminta maaf pada ibu kerana tidak menunggunya disekolah....

Ibuku sedikit tidak memarahi aku..malah masih mampu tersenyum, lalu membawaku pulang menaiki basikal buruknya, aku merasa lega sekali semasa disamping ibu, aku benar2 berterima kasih pada ibu yg telah menyelamatkan aku, jika tidak tentu aku telah mati dikerjakan oleh anjing tersebut...bersyukur dan berterima kasih pada ibu, kerana aku masih hidup hingga hari ini.


Aku bersama ibu ku semasa berumur 4 tahun.



Reason Kedua.( Menjaga ku )

Semasa aku di darjah 4 sekolah rendah, aku diserang demam panas diwaktu tengah malam, aku mengigil kesejukan, akibat panas yg teramat kuat, aku mengerang kesakitan, aku yg tidak boleh tidur akibat terasa badan ini amat panas sekali. Ibu ku lantas mengambil kain basah dan menekap-nekap di dahi ku ,ditukarkan air baldi itu berulang-rulang kali, ternampak diwajah ibu ku kepenatan dan keletihan, tapi dia masih kuat, masih lagi terus membantuku dengan mengurangkan kepanasan badan ku.

Hanya kain basah dan air sejuk, yg digunakan oleh ibuku, untuk mengurangkan kepanasan badan ku, setelah agak kurang panas badan ku, ibu ku yg beada disisi ku, menyuruh aku tidur, aku masih lagi melihat ibu ku duduk dikerusi memerhatikan aku, rasa kesian pada ibu, kerana terpaksa bangun ditengah malam menjaga aku. Keesokan harinya, semasa aku tejaga dari tidur, aku melihat ibu masih berjaga dan masih meletakan kain basah didahiku, " Mak aku tersenyum dan berkata...dah baik ni...tak da apa2..." lalu memberikan aku ubat dan segelas air untuk diminum.Aku berterima kasih pada ibu, yg menjagaku sewaktu aku sakit, dari lewat malam hingga kepagi dia masih setia menunggu...


Aku bersama ibu ku semasa di Kawasan Air Terjun Di Sagil


Reason Ketiga.( Memahami Perasaan Ku )
Semasa aku ditingkatan 2, peperiksaan akhir tahun ku merosot mendadak kerana aku tidak belajar dengan bersungguh-sungguh, dari kelas yg agak baik prestasinya, aku terperosok dikelas yg paling hujung sekali, aku di marahi oleh bapa ku, kerana keputusan pelajaran ku yg amat teruk.Aku tidak dibenarkan keluar rumah selepas waktu sekolah untuk bermain-main diluar, basikal ku juga dirantai oleh bapa ku, hingga menyebabkan aku tertekan dan bermurung.Tetapi ibu ku tetap membenarkan aku keluar bermain di luar,walaupun bapa ku tidak membenarkan nya, kerana melihat aku agak murung dan sedih ibu ku izinkan aku keluar bermain walaupun waktu yg agak singkat dan secara senyap2.

Ibu ku berpesan pada ku agar pulang awal, sebelum bapaku pulang dari kerja, kerana takut ibu ku pula dimarahi nanti. So aku keluar bermain dengan gembira, ibu ku terlalu memahami aku, sebagai seorang remaja, bermain-main diluar dan berjumpa kawan adalah sesuatu yg di igini oleh ku.Tetapi ibu ku berharap aku akan berubah dan mencapai prestasi yg baik dalam pelajaran nanti, kerana aku terlalu sayangkan ibu dan bapa ku, aku berlajar bersungguh-sungguh dan hasilnya pada peperiksaan akhir tahun, aku mencapai tempat pertama kedudukan didalam kelas.Aku melonjak semula ke kelas yg pertama.Semasa pulang kerumah, aku memberitahu keputusan peperiksaan ku pada ibu, ibu ku teralu gembira dengan pencapaian ku, hingga dia mengalirkan air mata kegembiraan.
Aku hanya berkata, ini adalah untuk ibu...terima kasih Ibu.

Reason Ke Empat.( Pendorong semangat dan Sumber Inspirasi Ku )

Semasa aku ditingkatan 3, aku bermain hoki untuk sekolah dan untuk Negeri Melaka, so setiap hari aku akan pergi ke padang untuk berlatih, boleh dikatakan setiap hari juga aku dihantar oleh ibu ke padang hoki untuk berlatih, ibu tidak jemu2 menghantar dan memberikan sokongan.Setiap hari juga lah ibu akan meluangkan masa nya selama dua jam untuk melihat aku berlatih dipadang, ibu suka memberikan teguran didalam permainan ku, walaupun aku tahu ibu ku tidak tahu tentang permainan hoki, tetapi kerana nasihat dan dorongan nya semasa aku dipadang, menguatkan lagi semangat ku.

Ibu akan menjerit gembira sebaik sahaja jika aku menjaringkan gol untuk pasukan ku, aku akan menoleh dan memandang wajah ibu sebaik sahaja aku memperolehi gol, waktu itu aku melihat ibu menunjukan isyarat tgn tanda bagus kepada ku..sungguh bersemangat aku, oleh kerana ibu juga lah aku adalah antara pemain hoki terbaik bg melaka bawah 15 tahun, semasa aku menerima kalungan pingat di upacara penyampaian pemain2 hoki melaka, aku terus mendapatkan ibu, dan mengalungkan pingat milik ku dileher ibu, aku berkata pada ibu" Ibu lah yg terbaik..kerana ibu lah saya berjaya..." ibu berpesan pada aku, supaya meneruskan lagi usaha, agar aku akan berjaya dan terus berjaya......



Reason Ke Lima.( Menyayangi ku )

Semasa aku di tadika lagi, setiap kali hari lahir ku, ibu ku akan menyambut nya, dia akan bertungku - lumus menyediakan masakan dan kek hari jadi ku, dia akan menjemput seluruh ahli keluarga untuk datang meraikan hari lahir ku, dan setiap kali hari jadiku juga aku akan pasti mendapat hadiah.Paling aku ingat sekali ialah, ibu ku pasti akan membuat kek hari lahir ku sendiri, dia tidak akan membeli kek diluar, aku pernah bertanya kan pada ibu ku, mengapa tidak beli diluar??? Tahu apa ibu ku menjawab nya....

" Ibu ku akan berkata, biar lah anak2 nya yang akan memakan kek hari lahir ini dari air tangan nya sendiri " baru lah ia lebih baik dan dia akan berpuas hati, ia berlarutan hingga sekarang, setiap kali hari jadi ku, ibu pasti tidak akan lupa membuat kek untuk ku...aku benar2 terharu dan sebak bila teringgat hari jadi ku bila ia semakin menjelang tak lama lagi. Terima kasih Ibu...

Pada masa sekarang, seseorang anak akan meminta sesuatu pemberian atau upah jika diminta menolong ibu atau bapa anda, ada yg minta upah atau ganjaran, sebagai contoh seperti cerita dibawah ini:-

Cerita Anak kepada Ibu....

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang
kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum,pakaian & keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.

Melihat pada cerita diatas, terasa sebak dihati ini, menitis air mata saya membaca nya, bagi saya pengorbanan ibu tiada balasan nya, pengorbanan ibu sebenar amat besar kepada anak2 nya, dan kita tidak mampu untuk membalasnya, dan tidak pernah seorang ibu meminta balasan daripada anak2 nya diatas apa yg telah dilakukan kepada kita.

Ingatlah syurga terletak di telapak kaki ibu, dan jika kita melakukan dosa atau telah menyakiti hati ibu, jgn sesekali malu untuk memohon maaf dan mengakui kesalahan diri, jgn jadi seperti "Si Tanggang " yg menderhaka pada ibu nya, kelak neraka yg akan menempatkan kita.


Pengorbanan saya sebagai seorang anak kepada ibu saya


Semasa aku berumur 19 tahun, ibu aku di masuk kan ke hospital, kerana Ovari nya membengkak,ibu ku terpaksa di bedah dengan segera, bagi membuang ovari bya, sewaktu dia dimasukkan kehospital aku merasa benar2 sedih dan kesunyian, dirumah juga tiada siapa yg menyediakan makanan dan pakaian. Aku sebagai anak yg sulung, terpaksa mengambil alih tugasan ibu ku, aku mengemas rumah, memasak dan menjaga adik

Memang rasa letih dan penat badan ini, ketika itu lah aku baru memahami, bagaimana penatnya tugasan harian bila bergelar " Ibu ".Waktu malam pula aku akan ke nopital untuk menjaga ibu,aku membantunya menyuapkan makanan dan memimpin nya ke toilet .Sewaktu aku di hospital, aku sering berbual-bual dengan ibu ku, sehingga ibu ku memberitahu ku, bahawa jikalau di sudah tak ada lagi nanti, dia berharap agar aku dapat menjaga adik2 ku dengan baik, semasa aku menyuapkan makanan di mulut ibu, terlihat air mata nya berlinangan sehingga dia menangis sedih, dia sungguh sedih melihat aku bersusah payah membantu nya.

Dia mengucapkan terima kasih pada ku, kerana membantu ku, aku merasa terharu dan sebak, kerana melihat ibu ku menangis, aku cuba menenangkan ibu ku yg agar runsing ketika itu, aku hanya menyatakan bahawa dia akan selamat, dan ibu akan sihat seperti sedia kala, ketika itu lah ku lihat wajah risaunya menghantui aku, aku berlari keluar ke balkoni hospital kerana tidak tahab melihat wajah ibu ku, aku menangis seorang diri diluar, aku menjerit sekuat hati, aku benar sedih, aku benar2 tidak mengerti, mengapa ibu ku yg dahulu nya sihat dan bersemangat, dan kini semangatnya semakin pudar.

Setelah aku melihat ibu ku sudah berhenti menangis, aku kembali ke katil nya, aku mengesat air mata ku, ibu ku bertanya kepada ku, adakah aku menangis??? aku hanya tunduk dan menyembunyikan perasaan sedih ku, ibu ku bertanya kenapa aku menangis, aku mula mengeleng-gelengkan kepala tanda tiada apa2 berlaku, setelah ditanya lagi, aku tidak tahan dan tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih ku lagi, lalu memeluk ibu ku, aku meraung dan dan menangis sedih, kini giliran ibu ku menenagkan aku, aku berkata kepada ibu ku, yg aku tidak mahu kehilangan nya, aku sanggup menaruhkan nyawa ku sebagai taruhan.

Ibu ku terdiam seketika mendengar kata2 ku, ibu ku cuma memandang sayu kearah wajah ku, ibu ku berkata'' Tak usah lah risau pasal ibu " ibu hanya mahu kamu sihat dan boleh menjaga adik2 bila ibu tiada nanti. Aku cuba menenangkan ibu ku dengan menyatakan bahawa ibu akan selamat dan tuhan akan senantiasa bersama kita. Setiap malam aku akan menemani ibu di hospital, sehingga 1 bulan lamanya, berulang alik aku ke hospital setiap hari.Sehingga ibu ku sihat.

Sehingga kini, setiap 3 bulan, aku akan membawa ibu ku ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan, hanya itu sahaja yg mampu aku lakukan, walau macam mana sibuk sekali pun, aku akan menghantar ibu ke hospital, bila tiba waktunya. Sebagai anak, aku amat berbesar hati, jika pengorbanan ku ini dapat membantu ibu ku, walaupun aku tahu, pergorbanan ku ini tidak sebesar mana, tapi aku bangga menjadi anak yg taat dan sedia membantu ibu ku, walupun aku tahu, aku tidak mampu membalas pergorbanan ibu ku hingga akhir nyawa ku.

Saya sebagai seorang yg berbangsa cina, sebenarnya tidak banyak perbezaan dari cara atau adat menghormati ibu atau bapa, mahu pun dari segi tingkah laku atau sebagainya, sebagai contoh ada saya listkan dibawah ini:-

1) Sewaktu hendak keluar dari rumah saya akan meminta izin dahulu dari ibu atau bapa saya dahulu.
2) Cara berjalan semasa didepan ibu bapa kita, saya akan membongkok kan sedikit badan kebawah.kita harus merendahkan badan saya didepan mereka, sebagai tanda hormat.
3) Sewaktu makan juga, saya lebih suka jika dapat makan bersama-sama, dan biar lah ibu atau bapa saya yg memulakan atau menjamah hidangan dahulu.
4) Jika ibu dan bapa saya sedang bercakap atau marah kepada saya, saya akan diam dan tidak akan menjawab, jika mereka menyuruh saya menjawab, baru saya akan berbuat demikian.

5) Saya akan menurut dan mengikuti segala arahan ibu dan bapa tanpa membantah.




Cara saya mungkin ramai yang menganggap bahawa saya terlalu mengikut adat dan budaya zaman dahulu, tetapi berapa ramai kah yg ada melaku kan sedemikian pada masa sekarang??? Adakah anda melakukan nya??? " Tepuk dada, tanya selera "


Bagi saya " Hari Ibu " bukan lah harus disambut pada setiap tahu sahaja, malah ia harus disambut setiap hari, setiap masa, setiap minit dan setiap saat.Biar lah kita melihat ibu sentiasa gembira dan sihat, agar kita dapat menjaga dan menyanyangi nya selalu hingga akhir hayat kita.

Akhir kata " Terima Kasih Ibu Ku.., Sesungguhnya Kau Amat Istimewa "

Hakim = Kak Red & Juri Jemputan = Nurlea Laurielle

No comments: