Wednesday, July 11, 2007

11 May ---> Julia

Sekiranya diawal kemunculan blog ini, rick pernah menceritakan kisah cinta nya dulu, kisah yg terjadi pada tahun lepas, menjadi satu sejarah dalam hidup rick, dan tarikh 11 May juga lah yg telah menemukan aku dan Julia.

Semalam aku asyik teringat kepada dia, walaupun aku tahu dia sudah pun berkahwin, tetapi bukan tujuan ku ingin menggangu rumah tangga org, tidak terlintas didalam hatiku berbuat demikian, aku hanya merindui dia sebagai seorang sahabat dan teman, kerana dia bukan milik ku tetapi milik org lain.

Aku semalam duduk didalam bilik mendiamkan diri, aku menahan kesedihan, meleleh air mataku menahan hentakkan hati kerana teringat padanya, jadi aku cuba menghantar sms kepada nya, aku menunggu dengan penuh sabar sms darinya, sudah lama kami tidak berhubungan, walaupun setiap hari aku melihatnya ditempat kerja, dan walupun shift dia dengan aku berbeza, aku masih boleh melihat dia, jika aku dtg awl ke tempat kerja, cuma dia sahaja yg tidak tahu, yg aku masih memerhatikan nya.


Aku - Apa khabar?
Julia - Khabar baik, awk x sihat ke? awk sms sy?? atau awk salah hantar, awk dimana??
Aku - Sy sms awk julia, sy sakit. tp tetap keje lg,sy dirumah, sy x pernah lupakan awk!
Julia - Awk sakit apa? demam dan batuk ke? Dah pergi klinik, makan ubat tau...
Aku - X ade apa2, sakit sikit je, jaga diri baik2 untuk saya.
Julia - Awk pun jaga diri baik2 ye...
Aku - Boleh saya tanya x?
Julia - Tanya lah...
Aku - Awk dah mengandung ke? Sori kalau tanya
Julia - Belum lg, x apa, sy x marah...
Aku - Saya nampak awk mcm da mengandung, saya minta maaf ya.
Julia - Belum wak...badan saya berisi je, bila awak nampak saya??
Aku - Selalu saya nampak awk di line, saya tgk awk selalu, maafkan saya jika saya buat awk x selesa, saya masih lagi syg kan awk, saya minta maaf wak...
Julia - Iya ke??, x adalah, saya x marah..
Aku - Awk masih pakai gelang yg saya bagi??
Julia - Gelang tu ada, saya simpan rapi, kadang2 saya pakai..
Aku - Teringat masa saya pakaikan awk, ditepi sungai, tahun lepas, masa tu 11 May, masa kita balik kerja bersama.
Julia - Malam nanti 11 May kan...??
Aku - Ya, teringat saya wak...awk keje ke???
Julia - Keje, sekarang tunggu bas ni..
Aku - Awk ingat lg x, masa saya hantar awk pg keje???
Julia - Ingat wak..
Aku - Suami awk x hantarkan ke??
Julia - z, macam biasa naik bus, mcm dulu..
Aku - Ok, keje baik2, jaga diri baik2 ya, saya nak tidor dulu, penat, terima kasih kerana sudi, sms dengan saya, terima kasih wak...
Julia - Ok wak, terima kasih juga, jaga diri baik2 ya untuk saya...

Hubungan kami x lama, hanya selama 6 bulan sahaja, tapi aku memang sayang sangat pada dia, bagi aku dia baik dan memang mudah mesra, walaupun dia sudah berkahwin, aku tetap akan mengingati nya selama-lamanya didalam hati ku. dan kini sayang ku bukan sebagai seorang kekasih, tetapi sebagai seorang sahabat...

No comments: